
Menggubal undang-undang Allah s.w.t seperti hudud dan qisas hukumnya haram. Dalam sistem pemerintahan demokrasi, hukum-hukum yang ditentukan Allah s.w.t tidak diterapkan dan diadili mengikut pemahaman manusia. Dan apa yang terjadi pada masa ini adalah rakyat mengagung-agungkan sistem demokrasi dengan alasan ianya sistem yang adil yang membenarkan rakyat bebas bersuara dan bebas memilih sedangkan dalam agama Islam terdapat batasan dalam sesuatu perkara demi kebaikan umat.
Sebuah negara Islam perlu mengamalkan sistem pemerintahan Islam. Bagi negara-negara demokrasi/republik yang mengisytiharkan negara mereka adalah sebuah negara Islam, perkara ini secara automatik terbatal kerana negara tersebut tidak mengamalkan hukum-hukum Allah s.w.t. walaupun jawapan yang diberikan adalah 'Majoriti rakyat di negara ini beragama Islam'.
Dan sedarlah wahai umat Islam, sedarlah kalian dengan sistem pemerintahan yang kalian pilih ini.